Search This Blog

Friday, 18 January 2019

Throwback katalog avonmy episod 2 : katalog kempen 21, 2016

Assalamualaikum sahabat semua. Mohon baca post yang berkaitan dengan post ini terlebih dahulu sebelum membaca post ini.

Di rumah saya terdapat banyak katalog lama avon (walaupun x complete semua kempen). Saya menyimpannya kerana saya ingin menggunakan katalog-katalog itu untuk membuat projek katalog avon sendiri. Katalog avon yang pihak avon terbitkan itu merupakan katalog avon untuk urusan jual beli barangan avon bagi pelanggan dan wakil avon. saya menjalankan projek katalog avon sendiri kerana saya ingin membuat katalog yang mempunyai koleksi barangan avon fashion dari tahun 2014 hingga sekarang. tambahan pula, katalog ini amatlah membantu penjual2 avon yang masih mempunyai stok barangan avon yang diberhentikan pengeluarannya(discontinued) untuk menjual item2 itu dengan harga yang munasabah. oleh sebab itulah, saya membuat banyak post mengenai throwback katalog avonmy kerana

  • saya ingin menggunakan katalog2 itu untuk projek katalog avon sendiri
  • saya ingin melupuskan katalog2 lama avon yang saya ada dengan baik berbanding membuang  mereka begitu sahaja.
  • saya menggunakan katalog2 itu untuk membuat katalog sendiri untuk diagihkan kepada pelanggan saya. Dalam meniaga sebarang produk, pengagihan katalog kepada pelanggan lebih efektif berbanding memberikan pelanggan kad perniagaan kerana katalog mudah untuk disimpan sebagai bahan rujukan dan bahan bacaan dan juga ia bertahan lebih lama dalam simpanan di rumah.
  • katalog avon yang lama dapat dilihat oleh generasi yang akan datang dan menjadi rujukan pada masa yang akan datang oleh mana-mana pihak  
kembali kepada objektif sebenar post kali ini, saya akan membuat imbas kembali a.k.a. throwback untuk katalog avon kempen 21,2016, sah pada 1-30 nov 2016. Dalam katalog ini terdapat barangan avon yang tidak berubah pembungkusan dan formulasinya dan juga yang sebaliknya. terdapat segelintir barangan avon yang diberhentikan pengeluarannya.

saya tidak mahu scan semua muka surat katalog ini kerana kerja scanning semua muka surat katalog ini merupakan kerja yang amat memenatkan namun saya sertakan link katalog itu di SINI. Sebaliknya, saya akan scan dan muat naik muka surat2 katalog itu yang tidak ada dalam link katalog  it. maafkan saya jika terdapat kesan contengan pada katalog yang saya lampirkan di dalam post kali ini dan halaman katalog yang dipaparkan dalam post kali ini tidak dapat disusun mengikut turutan kerana saya tidak boleh memuat naik dan menyusun halaman2 di bawah mengikut turutan yang betul.

muka surat barangan anew essential super serum dengan penanda muka surat yang menarik dengan ungkapan "hasil meremaja 5x lebih pantas"

pandangan belakang penanda muka surat barangan anew itu dengan gambar jam bertali putih sebagai item promosi istimewa dalam halaman itu
halaman belakang katalog ini dihiasi dengan promosi the big deal, jaminan kepuasan pelanggan untuk barangan avon dan penanda muka surat barangan anew dari pandangan belakang
iklan mengenai peraduan i love naturals yang diadakan pada tahun 2016