Search This Blog

Monday, 28 August 2017

Ramalan VS Realiti Ep.1 - Apa yang baharu di AVON September ini

Assalamualaikum
Wah, lama sangat tak tulis blog hehehe...baiklah, kali ni saya nak cakap apa yang baharu AVON bulan ini.
Sape2 yang ada katalog avon utk bulan ni pasti tahu apa yang baharu di AVON. Apakan daya, sy jarang2 ke AVON. Dulu xpela sbb saya dulu bekas penjual avon dulu. Menariknya, saya jual avon dulu ketika saya sekolah rendah. Sejarah saya dan avon akan diceritakan nanti. Tunggu ye...

Antara produk baharu AVON bulan ini ialah:-

Ramalan:

1) RANGKAIAN AVON TRUE COLOR WHITE 

Salah satu barangan avon yang ada pada ramalan saya terhadap produk baharu avon tahun ini. Avon memberi pembaharuan terhadap pembungkusan avon ideal white dan kini ia dikenali sebagai AVON TRUE COLOR WHITE. Dari segi formulasinya pula saya jangkakan tiada perubahan. Ia tetap sama seperti dulu, hanya tukar nama dan logo pembungkusan je. Pembaharuan ini dilakukan demi menyeragamkan pembungkusan barangan mekap AVON TRUE COLOR yang merupakan penjenamaan semula barangan tersebut setelah sedekad bersama pembungkusan yang sama.

Realiti:

1) RANGKAIAN AVON TRUE COLOUR FLAWLESS 

Pembaharuan yang AVON lakukan terhadap rangkaian mekap untuk wajah AVON TRUE COLOR telah saya ketahui baru-baru ini. Ternyata, ramalan saya itu tidak berlaku pada bulan ini. Maka, ianya akan berlaku pada masa yang akan datang. Perkara ini berlaku kerana AVON TRUE COLOR flawless kini diperhebat dengan teknologi colour iQ, yang mana menambahkan pigmen biru dan membuang bahan yang berat dalam semua barang dalam rangkaian ini agar kemasan setelah pemakaiannya lebih semulajadi dan tepat. Oleh itu, tiadalah masalah seperti warna kulit tak sempadan dengan bedak, kulit tampak bertampuk dsb.

Nasib RANGKAIAN AVON TRUE COLOR LUMINOUS (versi dulu rangkaian mekap utk wajah) macam mana? Biasanya, AVON akan menjualnya dalam katalog promosi istimewa (katalog murah) <------ Wakil AVON pasti tahu. Kalau tak pun dalam katalog plus pon jadilah(belum tentu jadi). Saya tak pasti, kenapa AVON jahat sangat tak jual murah2 range ini sebelum mereka tiada dalam katalog, biasanya kalau barang baharu nak datang, barang lama akan dijual murah.

Ramalan
2) IMARI BOLD atau CLASSIC

Salah satu perfume yang otai di AVON. Untuk pengetahuan semua, perfume IMARI ada di AVON sejak pertengahan tahun 80an lagi. Buktinya ada pada video iklan AVON 1991:-
Hasil carian imej untuk avon imariimari versi dahulu
Buktinya ada juga dalam filem Rozana Cintaku 1987. Saya masih pening kerana saya tak pasti sama ada imari yang baharu kali ini imari classic ke imari bold kerana dalam video acah dalam facebook Avon Malaysia, model dalam video itu memakai baju yang warnanya memeningkan otak saya untuk menentukan imari yang mana satu imari baharu kali ini.
Jika model tu pakai baju merah jingga, alamatnya imari kali ini imari bold, jika bajunya warna merah, semestinya imari classic. Saya yakin kali ini avon akan keluarkan IMARI bold kali ini. Harap2 AVON keluarkan imari classic. Sebab2 Avon perlu keluarkan IMARI classic akan dibahas nanti.

Realiti
2) IMARI bold
Imej yang berkaitan imari bold
Saya boleh katakan bagus kepada AVON Malaysia kerana mengikuti perkembangan AVON Filipina dari segi barangan AVON yang dijual di sini. Hal ini kerana barangan AVON di Malaysia dibuat dan diimport dari negaranya. Oleh itu, AVON Malaysia tidak teragak-agak untuk menjualnya di Malaysia. Adakah IMARI bold dapat menggantikan IMARI classic? Saya tak pasti sebab saya belum cuba lagi. Walaupun demikian, IMARI elixir boleh menggantikannya kerana baunya yang klasik. Perbezaan IMARI dengan IMARI elixir terletak pada bau dasarnya, IMARI lebih kepada bunga bebedak, IMARI elixir pula berbau manis.

Hasil carian imej untuk avon imari elixir
Imari Elixir
Ramalan
3) Desiree collection


Pada pendapat saya, Avon akan keluarkan koleksi khas pakaian dalam AVON tahun ini setelah lama AVON tidak berbuat sedemikian.

REALITI
AVON Desiree merupakan rangkaian yang menggabungkan pakaian dalam + aksesori + barang kemas dalam satu koleksi dan harganya mahal memandangkan AVON Desireemerupakan koleksi mewah dan elegan. Harap barangan2 tersebut dapat dijual dengan harga istimewa dalam kempen yang akan datang.


Barangan AVON di negara asia diimport dari Filipina dan China. Memandangkan negara kita serumpun dengan negara Filipina, barang AVON Malaysia kena sama dengan Avon Filipina. Barang baharu yang ada di Avon Filipina sah-sah akan ada di Avon Malaysia. Berikut merupakan barangan baharu AVON bulan ini yang baru ada di Filipina pada bulan lepas dan terus ada di Malaysia bulan ini.

Hasil carian imej untuk avon simply pretty perfect pout
1) simply pretty perfect pout magic lipstick - gincu magik dalam bekas yang kool dan edisi terhad. Di Filipina, gincu Colorbliss warna baharu dengan bekas yang sama seperti gincu magik juga diperkenalkan. Bulan berikutnya, AVON Malaysia akan keluarkannya. Kita tunggu dan lihat je.

2) feelin fresh rod 75ml - susulan pembaharuan deodoran Feelin Fresh yang berlaku sejak beberapa bulan lepas. Deodoran bersaiz besar ini dijual dalam dua variasi yang sama, sama ada antibacterial powder light atau whitening fresh clean.

Semua barangan di atas boleh didapati menerusi wakil AVON anda sekarang sehingga 30 september ini.
Sempena pengaktifan semula saya dalam blog, post berkaitan dengan AVON akan saya ceritakan pada post yang akan datang.

Sumber rujukan: facebook AVON Malaysia
laman sesawang AVON Philippines
laman sesawang AVON Malaysia
blog membeli barangan AVON Malaysia secara online

No comments:

Post a Comment