Hubungkait diri saya dengan barangan safi balqis di setiap generasi dalam video di atas ialah:
Generasi pertana: waris saya ada dulu toner safi balqis yg first generation tu dulu(sedih wei tak minta dengan dia botol safi yang tu)losyen dan pembersih muka saya pernah tengok sebab kak long saya pernah pakai kot...
Generasi ke-2 rujuk kenyataan di atas. Iklannya banyak keluar dalam majalah nur tahun 2006-2007
Generasi ke-3 tak sempat pakai tapi sempat tengok. Iklan first dalam majalah remaja feb 2008
Generasi ke-4 sempat dan sekarang sudah continue dijual di Watsons
Generasi ke-5 sekarang
Generasi ke-6-Safi Balqis Oxywhite. Waa...yang ni yang formulasi terbaru sekarang dan pengganti generasi ke-5. Sekarang dah ada slow2 kat kedai. Kepada reader yang tinggal di area pengkalan chepa (p/s my hometown) boleh pergi ke home-u dan mart di Pulai Chondong sebab range generasi terbaru punye item boleh kira banyaklah seperti pembersih muka biasa dan kawalan minyak & jerawat, krim skrub, krim pagi besar dan krim kecantikan.
Jadi, safi balqis oxywhite punya formulasi sama jer dengan safi balqis perfect 10 just tambah Nano Oxygen jer. Kepada peminat safi balqis yang patah hati dengan safi balqis white trilogy(sesetengah orang tak suka safi balqis yang tu sebab ketakserasian kulit dengan formulasi safi tersebut) atau pengguna safi balqis perfect 10 bolehlah cuba safi balqis oxywhite manalah tahu serasi semula dengan safi balqis yang baru tu. Korang boleh dapati safi balqis oxywhite di semua supermarket dan kedai runcit (kalau adalah) especially Watsons (Guardian, memang ada siap ada free gift lagi)
Safi Balqis Oxywhite, barangan safi yang pertama menggunakan logo safi yang baru, menggunakan formulasi safi balqis perfect 10 dan menggabungkannya dengan Nano Oxygen menjadikannya barangan penjagaan kulit halal yang pertama menggunakan oxygen. Syabas Safi kerana bertahan dalam pasaran Malaysia dan memikat hati saya dan pengguna yang lain. Saya harap brand Safi popular di luar negara dan mengeluarkan produk yang berteknologi tinggi pada masa hadapan.
Terokai lagi barangan safi dalam link ni : http://safi.com.my/
Baca blog barangan safi part 2 di SINI
No comments:
Post a Comment