assalamualaikum kepada semua
Haa...baru terlintas dalam kepala nak cakap tentang pengalaman saya melawat(jalan-jalan) di Amway kota bharu, Beginilah ceritanya,
Kebetulan saya dan ibu saya pergi ke maktab lama, jalan-jalan melawat, Sebelum pulang ke rumah, saya pun pergi ke Amway manakala mak saya pergi ke Muaz Textile.
Saya ingatkan Amway KB ni besar, rupa2nya taklah luas sangat, hanya ok je. Bila masuk je, ada terus semua product Artistry, semua adalah tapi sebilangan kecil itemnya xde stok seperti Serum malam 14 hari, Rawatan Vit.c + Keladi dan penyembur mulut glister. Saya pun sempat tawaf satu kedai Amway tu. Walaupun kedai tu taklah luas sangat tetapi barangan2 Amway still boleh dimuatkan, oklah tu

inilah serba sedikit seingat saya peta dalaman amway kb(kota bharu)
mknn-makanan
per.care-personal care
psc-produk2 offer dalam katalog bermusim seperti tuala wanita, perfume(item2 bukan amway)
Artistry tester centre complete sangat, semua make-up product Artistry ada
semua nombor sku/nombor kod produk dan CP(harga customer) ada di setiap tempat walaupun ada yang ada dan ada yang belum ada seperti di rak produk Artistry sebab produk pengganti rangkaian Artistry essential baru ada. Yang lain ok je. Layanan pekerja di situ baik sebab saya sempat berbual dengan kak cleaner Amway.
Jika anda pergi ke Amway KB, anda boleh membeli krim penanggal mekap/skrub Artistry essential/barangan Artistry Ideal Radiance formulasi lama(bekas putih+biru muda) kecuali sunblock dan krim cc/refill bedak Pure White dengan harga seperti biasa kerana barangan2 tersebut barangan NLA (No Longer Available/Tidak Akan Dijual Lagi), iaitu barang keluaran terakhir dan takkan ada stok jika habis. Beli tau sebab barangan pengganti Artistry essential, iaitu Artistry Special Care lagi mahal berbanding dengan versi lamanya. Ideal Radiance baru dengan yang lama lebih kurang sama je harga item2nya. Jika saya membership Amway(ABO), mungkin saya akan beli.
Saya sempat baca risalah2 yang ada di sana termasuk katalog harga2 produk semasa Amway. jika anda ABO baru, sila beli cepat2 produk Amway sebab harga produk Amway nak naik nanti :( . Itu sahaja setakat ni, ok baiii.
No comments:
Post a Comment