Search This Blog

Saturday, 16 September 2017

Ulasan Safi Balqis Oxywhite (barangan pembersih muka) - Formulasi dahulu yang diperbaharui

Sebelum ini, saya dah banyak buat post tentang safi balqis, ternyata post itu membuahkan hasil kerana pihak safi menghadiahkan saya satu set Safi Balqis Oxywhite. Saya terharu kerana impian saya sejak kecil telah tercapai - mendapat hadiah 1 set penuh produk kecantikan. Hadiah itu bernilai kira2 RM150 lebih camtulah.


Sejarah safi pon saya dah post dulu. Baiklah, pada mulanya saya guna pembersih muka yang oren tu, serum (esen pencerah), krim pelembap lengkap dan pelembap gel. Kemudian, saya mula guna krim skrub. Barang2 yang saya sebut tadi tu saya guna ketika di asrama dan di rumah. Di rumah pula, saya kadang2 guna pembersih solekan bila saya rasa malas nak pakai banyak barang untuk muka sebelum tidur. Penyegar pon baru guna je semalam sebagai penyegar selepas bercukur. Krim kecantikan masih belum digunakan manakala CC Cream tu saya bagi kat kakak saya.

Pembersih muka safi yang jenis biasa seperti safi balqis oxywhite dalam gambar tu banyak berbuih walaupun kita guna sikit je (0.3cm). Untuk kulit yang bersih tahap baik, biarkan pembersih muka ini seperti mask, jangan lama sangat, 1-2 minit oklah kemudian bilas. Anda akan rasakan kulit bersih dari segala kotoran dan setona lebih cerah berseri*. Tapi, pembersih muka ini membuatkan kulit saya sedikit tegang. Walau bagaimanapun, ia tidaklah setegang kulit saya selepas pakai krim skrub. Selepas itu, cepat-cepatlah pakai toner, rawatan dan pelembap. Jikalau malas, pakai pelembap terus takpe.

Harga : 7 ringgit lebih (50g) 11-12 ringgit lebih (100g/125g)
 
Nak beli lagi tak? Ya jikalau tiada pilihan. Saya lebih suka pakai pembersih muka garnier sebab ia membuatkan kulit saya lebih bersih berbanding pakai yang ini apabila saya amal tip saya yang saya bold tu.

*-penilaian sendiri

Untuk kulit yang bersih sebersih-bersihnya, gunalah krim skrub kerana dia ada banyak manik biji aprikot organik yang bertindak sebagai eksfoliasi kulit mingguan. Picit pada lima jari sebesar kacang pis besar, sapu dan ratakan ke kedua-dua pipi, hidung, dahi dan dagu. Kemudian, gosoklah wajah dengan sekata lagi bersungguh-sungguh agar kulit bersih sempurna dapat dicapai. Saya cadangkan anda untuk gunakan facial cleansing brush atau barangan yang sama fungsi dengannya untuk pembersihan kulit yang lebih baik. Hasilnya, kult bersih sempurna dan kulit satu tona lebih cerah*.
Setelah bilas, kulit saya berasa lembap seakan-akan tak perlu pakai pelembap tapi setelah kering air bilasan di wajah, kulit saya menjadi terlalu tegang. Pastikan anda pakai pelembap selepas pakai skrub ini.

Harga : lebih kurang 13 ringgit

Nak beli lagi tak? Ya kerana memberi tahap kebersihan kulit muka yang terbaik tetapi saya nak cuba skrub yang lain dulu untuk mencari skrub wajah yang lain yang dapat menandingi skrub ini.

Untuk ulasan produk safi balqis oxywhite yang lain, saya akan postkan ia satu per satu dan 'link'kan ia di bawah.

Ulasan esen pencerah
Ulasan krim anti jerawat
Ulasan krim pencerah lengkap
Ulasan pelembap gel
Baru cuba pembersih solekan

Semua barangan safi boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terdekat anda.
Laman sesawang Safi
Facebook Safi Malaysia