Search This Blog

Saturday, 16 September 2017

Ulasan Safi Balqis Oxywhite (barangan pembersih muka) - Formulasi dahulu yang diperbaharui

Sebelum ini, saya dah banyak buat post tentang safi balqis, ternyata post itu membuahkan hasil kerana pihak safi menghadiahkan saya satu set Safi Balqis Oxywhite. Saya terharu kerana impian saya sejak kecil telah tercapai - mendapat hadiah 1 set penuh produk kecantikan. Hadiah itu bernilai kira2 RM150 lebih camtulah.


Sejarah safi pon saya dah post dulu. Baiklah, pada mulanya saya guna pembersih muka yang oren tu, serum (esen pencerah), krim pelembap lengkap dan pelembap gel. Kemudian, saya mula guna krim skrub. Barang2 yang saya sebut tadi tu saya guna ketika di asrama dan di rumah. Di rumah pula, saya kadang2 guna pembersih solekan bila saya rasa malas nak pakai banyak barang untuk muka sebelum tidur. Penyegar pon baru guna je semalam sebagai penyegar selepas bercukur. Krim kecantikan masih belum digunakan manakala CC Cream tu saya bagi kat kakak saya.

Pembersih muka safi yang jenis biasa seperti safi balqis oxywhite dalam gambar tu banyak berbuih walaupun kita guna sikit je (0.3cm). Untuk kulit yang bersih tahap baik, biarkan pembersih muka ini seperti mask, jangan lama sangat, 1-2 minit oklah kemudian bilas. Anda akan rasakan kulit bersih dari segala kotoran dan setona lebih cerah berseri*. Tapi, pembersih muka ini membuatkan kulit saya sedikit tegang. Walau bagaimanapun, ia tidaklah setegang kulit saya selepas pakai krim skrub. Selepas itu, cepat-cepatlah pakai toner, rawatan dan pelembap. Jikalau malas, pakai pelembap terus takpe.

Harga : 7 ringgit lebih (50g) 11-12 ringgit lebih (100g/125g)
 
Nak beli lagi tak? Ya jikalau tiada pilihan. Saya lebih suka pakai pembersih muka garnier sebab ia membuatkan kulit saya lebih bersih berbanding pakai yang ini apabila saya amal tip saya yang saya bold tu.

*-penilaian sendiri

Untuk kulit yang bersih sebersih-bersihnya, gunalah krim skrub kerana dia ada banyak manik biji aprikot organik yang bertindak sebagai eksfoliasi kulit mingguan. Picit pada lima jari sebesar kacang pis besar, sapu dan ratakan ke kedua-dua pipi, hidung, dahi dan dagu. Kemudian, gosoklah wajah dengan sekata lagi bersungguh-sungguh agar kulit bersih sempurna dapat dicapai. Saya cadangkan anda untuk gunakan facial cleansing brush atau barangan yang sama fungsi dengannya untuk pembersihan kulit yang lebih baik. Hasilnya, kult bersih sempurna dan kulit satu tona lebih cerah*.
Setelah bilas, kulit saya berasa lembap seakan-akan tak perlu pakai pelembap tapi setelah kering air bilasan di wajah, kulit saya menjadi terlalu tegang. Pastikan anda pakai pelembap selepas pakai skrub ini.

Harga : lebih kurang 13 ringgit

Nak beli lagi tak? Ya kerana memberi tahap kebersihan kulit muka yang terbaik tetapi saya nak cuba skrub yang lain dulu untuk mencari skrub wajah yang lain yang dapat menandingi skrub ini.

Untuk ulasan produk safi balqis oxywhite yang lain, saya akan postkan ia satu per satu dan 'link'kan ia di bawah.

Ulasan esen pencerah
Ulasan krim anti jerawat
Ulasan krim pencerah lengkap
Ulasan pelembap gel
Baru cuba pembersih solekan

Semua barangan safi boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terdekat anda.
Laman sesawang Safi
Facebook Safi Malaysia



Monday, 28 August 2017

Ramalan VS Realiti Ep.1 - Apa yang baharu di AVON September ini

Assalamualaikum
Wah, lama sangat tak tulis blog hehehe...baiklah, kali ni saya nak cakap apa yang baharu AVON bulan ini.
Sape2 yang ada katalog avon utk bulan ni pasti tahu apa yang baharu di AVON. Apakan daya, sy jarang2 ke AVON. Dulu xpela sbb saya dulu bekas penjual avon dulu. Menariknya, saya jual avon dulu ketika saya sekolah rendah. Sejarah saya dan avon akan diceritakan nanti. Tunggu ye...

Antara produk baharu AVON bulan ini ialah:-

Ramalan:

1) RANGKAIAN AVON TRUE COLOR WHITE 

Salah satu barangan avon yang ada pada ramalan saya terhadap produk baharu avon tahun ini. Avon memberi pembaharuan terhadap pembungkusan avon ideal white dan kini ia dikenali sebagai AVON TRUE COLOR WHITE. Dari segi formulasinya pula saya jangkakan tiada perubahan. Ia tetap sama seperti dulu, hanya tukar nama dan logo pembungkusan je. Pembaharuan ini dilakukan demi menyeragamkan pembungkusan barangan mekap AVON TRUE COLOR yang merupakan penjenamaan semula barangan tersebut setelah sedekad bersama pembungkusan yang sama.

Realiti:

1) RANGKAIAN AVON TRUE COLOUR FLAWLESS 

Pembaharuan yang AVON lakukan terhadap rangkaian mekap untuk wajah AVON TRUE COLOR telah saya ketahui baru-baru ini. Ternyata, ramalan saya itu tidak berlaku pada bulan ini. Maka, ianya akan berlaku pada masa yang akan datang. Perkara ini berlaku kerana AVON TRUE COLOR flawless kini diperhebat dengan teknologi colour iQ, yang mana menambahkan pigmen biru dan membuang bahan yang berat dalam semua barang dalam rangkaian ini agar kemasan setelah pemakaiannya lebih semulajadi dan tepat. Oleh itu, tiadalah masalah seperti warna kulit tak sempadan dengan bedak, kulit tampak bertampuk dsb.

Nasib RANGKAIAN AVON TRUE COLOR LUMINOUS (versi dulu rangkaian mekap utk wajah) macam mana? Biasanya, AVON akan menjualnya dalam katalog promosi istimewa (katalog murah) <------ Wakil AVON pasti tahu. Kalau tak pun dalam katalog plus pon jadilah(belum tentu jadi). Saya tak pasti, kenapa AVON jahat sangat tak jual murah2 range ini sebelum mereka tiada dalam katalog, biasanya kalau barang baharu nak datang, barang lama akan dijual murah.

Ramalan
2) IMARI BOLD atau CLASSIC

Salah satu perfume yang otai di AVON. Untuk pengetahuan semua, perfume IMARI ada di AVON sejak pertengahan tahun 80an lagi. Buktinya ada pada video iklan AVON 1991:-
Hasil carian imej untuk avon imariimari versi dahulu
Buktinya ada juga dalam filem Rozana Cintaku 1987. Saya masih pening kerana saya tak pasti sama ada imari yang baharu kali ini imari classic ke imari bold kerana dalam video acah dalam facebook Avon Malaysia, model dalam video itu memakai baju yang warnanya memeningkan otak saya untuk menentukan imari yang mana satu imari baharu kali ini.
Jika model tu pakai baju merah jingga, alamatnya imari kali ini imari bold, jika bajunya warna merah, semestinya imari classic. Saya yakin kali ini avon akan keluarkan IMARI bold kali ini. Harap2 AVON keluarkan imari classic. Sebab2 Avon perlu keluarkan IMARI classic akan dibahas nanti.

Realiti
2) IMARI bold
Imej yang berkaitan imari bold
Saya boleh katakan bagus kepada AVON Malaysia kerana mengikuti perkembangan AVON Filipina dari segi barangan AVON yang dijual di sini. Hal ini kerana barangan AVON di Malaysia dibuat dan diimport dari negaranya. Oleh itu, AVON Malaysia tidak teragak-agak untuk menjualnya di Malaysia. Adakah IMARI bold dapat menggantikan IMARI classic? Saya tak pasti sebab saya belum cuba lagi. Walaupun demikian, IMARI elixir boleh menggantikannya kerana baunya yang klasik. Perbezaan IMARI dengan IMARI elixir terletak pada bau dasarnya, IMARI lebih kepada bunga bebedak, IMARI elixir pula berbau manis.

Hasil carian imej untuk avon imari elixir
Imari Elixir
Ramalan
3) Desiree collection


Pada pendapat saya, Avon akan keluarkan koleksi khas pakaian dalam AVON tahun ini setelah lama AVON tidak berbuat sedemikian.

REALITI
AVON Desiree merupakan rangkaian yang menggabungkan pakaian dalam + aksesori + barang kemas dalam satu koleksi dan harganya mahal memandangkan AVON Desireemerupakan koleksi mewah dan elegan. Harap barangan2 tersebut dapat dijual dengan harga istimewa dalam kempen yang akan datang.


Barangan AVON di negara asia diimport dari Filipina dan China. Memandangkan negara kita serumpun dengan negara Filipina, barang AVON Malaysia kena sama dengan Avon Filipina. Barang baharu yang ada di Avon Filipina sah-sah akan ada di Avon Malaysia. Berikut merupakan barangan baharu AVON bulan ini yang baru ada di Filipina pada bulan lepas dan terus ada di Malaysia bulan ini.

Hasil carian imej untuk avon simply pretty perfect pout
1) simply pretty perfect pout magic lipstick - gincu magik dalam bekas yang kool dan edisi terhad. Di Filipina, gincu Colorbliss warna baharu dengan bekas yang sama seperti gincu magik juga diperkenalkan. Bulan berikutnya, AVON Malaysia akan keluarkannya. Kita tunggu dan lihat je.

2) feelin fresh rod 75ml - susulan pembaharuan deodoran Feelin Fresh yang berlaku sejak beberapa bulan lepas. Deodoran bersaiz besar ini dijual dalam dua variasi yang sama, sama ada antibacterial powder light atau whitening fresh clean.

Semua barangan di atas boleh didapati menerusi wakil AVON anda sekarang sehingga 30 september ini.
Sempena pengaktifan semula saya dalam blog, post berkaitan dengan AVON akan saya ceritakan pada post yang akan datang.

Sumber rujukan: facebook AVON Malaysia
laman sesawang AVON Philippines
laman sesawang AVON Malaysia
blog membeli barangan AVON Malaysia secara online

Monday, 20 March 2017

Pengalaman melawat kedai Amway Kota Bharu

Assalamualaikum kepada semua,
assalamualaikum kepada semua

Haa...baru terlintas dalam kepala nak cakap tentang pengalaman saya melawat(jalan-jalan) di Amway kota bharu, Beginilah ceritanya,

Kebetulan saya dan ibu saya pergi ke maktab lama, jalan-jalan melawat, Sebelum pulang ke rumah, saya pun pergi ke Amway manakala mak saya pergi ke Muaz Textile.

Saya ingatkan Amway KB ni besar, rupa2nya taklah luas sangat, hanya ok je. Bila masuk je, ada terus semua product Artistry, semua adalah tapi sebilangan kecil itemnya xde stok seperti Serum malam 14 hari, Rawatan Vit.c + Keladi dan penyembur mulut glister. Saya pun sempat tawaf satu kedai Amway tu. Walaupun kedai tu taklah luas sangat tetapi barangan2 Amway still boleh dimuatkan, oklah tu


inilah serba sedikit seingat saya peta dalaman amway kb(kota bharu)
mknn-makanan
per.care-personal care
psc-produk2 offer dalam katalog bermusim seperti tuala wanita, perfume(item2 bukan amway)

Artistry tester centre complete sangat, semua make-up product Artistry ada
semua nombor sku/nombor kod produk dan CP(harga customer) ada di setiap tempat walaupun ada yang ada dan ada yang belum ada seperti di rak produk Artistry sebab produk pengganti rangkaian Artistry essential baru ada. Yang lain ok je. Layanan pekerja di situ baik sebab saya sempat berbual dengan kak cleaner Amway.

Jika anda pergi ke Amway KB, anda boleh membeli krim penanggal mekap/skrub Artistry essential/barangan Artistry Ideal Radiance formulasi lama(bekas putih+biru muda) kecuali sunblock dan krim cc/refill bedak Pure White dengan harga seperti biasa kerana barangan2 tersebut barangan NLA (No Longer Available/Tidak Akan Dijual Lagi), iaitu barang keluaran terakhir dan takkan ada stok jika habis. Beli tau sebab barangan pengganti Artistry essential, iaitu Artistry Special Care lagi mahal berbanding dengan versi lamanya. Ideal Radiance baru dengan yang lama lebih kurang sama je harga item2nya. Jika saya membership Amway(ABO), mungkin saya akan beli.

Saya sempat baca risalah2 yang ada di sana termasuk katalog harga2 produk semasa Amway. jika anda ABO baru, sila beli cepat2 produk Amway sebab harga produk Amway nak naik nanti :( . Itu sahaja setakat ni, ok baiii.

Sunday, 5 February 2017

Sejarah Safi - Ingat lagi tak hehehe...

Assalamualaikum. Setelah blog saya tentang safi balqis MELETOP! TOP! TOP! TOP! Jadi, kita sambung tulis blog tentang item2 safi yang lain, boleh? Hah! Belum baca lagi blog safi balqis tu, tak apa, sila klik di SINI

Produk safi ni sebenarnya dah ada sejak zaman 80an dulu tapi saya kurang pasti, syarikat uaa(kini dikenali sebagai wipro unza) ke syarikat lain yang keluarkan barang safi ni. Pada zaman 80an, saya tak pasti barang safi yang mana satu yang ada pada masa itu selain daripada sabun buku dan bedak talkum

Inilah iklan bedak safi zaman 80an dulu dan tidak hairanlah sehingga sekarang, bedak safi masih wujud walaupun packagingnya berubah banyak kali.

Saya rasa barangan safi lenyap pada hujung tahun 80an dan kembali semula pada hujung tahun 1996 dengan beberapa produk yang legend sehingga hari ini seperti sari mentimun skin care range, bedak talkum dan alat solek biasa2 safi. Dulu, barang2 safi xde halal lagi, hujung 90an/sekitar tahun 2002 barang safi ada logo halal. Barang safi pon berkembang, menghilang dan bertukar.

Oktober 2000 - Rangkaian produk wajah Safi Balqis baru dilancarkan dengan enam barang sahaja
Safi skin care mentimun berubah wajah - yang ni tak tahu bila
Krim jerawat safi yang mula2 dulu keluar tahun bila?
2002-2003 Rangkaian barangan hair care safi
2004* - range hair care wajah baru dan pembersih muka susu manggis
2005/2006 - Safi Fairness, ubat gigi safi yang tiga variasi tuu...
♫Bangun pagi gosok gigi
Guna ubat gigi safi
........
Pasti selamat dan suci♫

saya memang sempat dengan iklan dan jingle tu, almaklumlah, zaman tadika saya iklan & jingle tu, hihi

2005/2006, Februari 2008, 2011, Mac 2014, Nov/Dis 2016 - Safi Balqis wajah baru
2007, Aidilfitri 2009, Mei 2012, Nov 2014, Nov 2017 - Safi Rania biasa --->gold 
Safi Men pernah ada pada tahun 2009-2011 dan kini kembali semula
Safi Fairness, tahun 2010* wajah baru dan kini menjadi safi fair beauty
Safi Rania Diamond, tahun 2013 barui ada dan tahun 2015 wajah baru

Fragrance safi tak ada pengganti, tanya saya jelah sejarah safi, malas nak taip hihihihi....goodbye

*---merujuk kepada tak pasti samada betul ke tak
Nantikan gambar dan grafik tambahan bila2 masa sahaja dari sekarang.



                                                                                   

Saya & The Body Shop

Assalamualaikum semua :)
Apa khabar? Harap korang semua sihat2 belaka
So, harini apa kata saya ceritakan bagaimana saya boleh suka akan the body shop.
Begini, saya tengok pamphet kb mall empat tahun lepas, camner ada hati nak cuba barang the body shop.
Kemudian, pada hari jadi saya pada tahun itu, saya sekeluarga pon pergi ke kb mall.
Saya berkesempatan utk pergi ke outlet the body shop. Cuba punye cuba serba-sedikit produknya. Sejak haritulah setiap kali ke sana, saya pergi ke sana. Barangannya incredible sbb ia punya ingredientnya yg semulajadi tu daripada negara2 luar just harga jer a little bit bad, so, kalau saya nak beli barang tbs pon kena pergi time sale jer, baru berbaloi. Satu lagi, pihak tbs sumbangkan hasil penjualannya kpd pengeluar bahan2 semulajadi dalam barangannya.
Saya sedih sbb barang tbs sekarang sudah naik slow2, menyesal x beli barangan2 tbs yang saya suka.
Hmm...sabarlah wahai hati. Sedarlah, barangan penjagaan diri kat supermarket better than tbs.
Walau bagaimanapun, saya berjaya kumpul barang2 tbs untuk dijadikan koleksi dan guna utk diri sendiri.
Antaranya:-






Wajah lama punya fragrance scents of the world tbs. Kini, ia berwajah baharu.

Inilah losyen badan wajah baharu tbs scents of the world-fijian water lotus.

Nah, ini dia overall collection saya so far! Nanti saya bekerjalah kalau nak beli dan kumpul. Info tambahan, saya ada perkenalkan barang tbs kpd kak long saya, dia suka dan kemudiannya, dia beli perfume black musk sebagai hadiah hantaran kahwinnya. Sekarang, dia dah tak minat sbb barangan tbs kan mahal. Sekian daripada saya buat setakat ini, Goodbye.

Monday, 30 January 2017

Tajuk drama tv terselit dalam episod akhir drama tersebut; trend zaman sekarang punye drama ke camner?

As salam
Saya perasan
Sejak akhir2 ni, sama seperti title di atas, tajuk drama tv terselit dalam episod akhir drama.
Contohnya seperti drama:-
1)Bagaikan kelip-kelip - ungkapan itu ade diungkapkan(dlm dialog) oleh watak utama citer tu dlm episod akhir
2)Mr Donat Karamel - kedai nama tu dibuka
3)7 hari mencintaiku - ungkapan itu ada diungkapan(dlm dialog) oleh abg Khuzairi(Shukri Yahya) dlm episod akhir

perkara ni bende lama ataupun bende baru eh???
saya rasa benda ni benda baru kot
korang pulak camner?
benda lama ke benda baru perkara ni?



Saturday, 28 January 2017

Explore Samsung Galaxy Note Series Mission Completed

as salam
long time no see my blog to write anything, right
bulan baik bulan ni
knape?
misi saya untuk explore note2 and note3 dah complete
yayyy...
tq cg AHO(Abdul Hamed bin Omar) for giving me the permission to explore cg pnye note3
tq jgk kpd kwn sehomeroom sy, Nazeem pasal awk pnye note2 tu
cg aho ade beritahu kat sy bahawa hebatnye saya dalam mengetahui specification phone
dia ade juga kata kt sy nnti sy bulehlah bukak kedai phone sendiri

Phone specification samsung pon saya tahu sbb saya baca magazine phone dia, tengok video & lmn web phone jer. Almaklumlah, new interest in my life. Tak tahulah pulak penerimaan org sekeliling(kwn2,cg2 dan staf2) terhadap my new interest pon baik

Nnti sy berkerjalah sy beli note3/4 sebab s-pen specification dan camera mode hebat sangat. Note2 pon not bad. Saya harap pihak samsung masukkan specification lama note3 dalam phone note baru/S8 jika phone tu ade s-pen

Video ini yang membuatkan saya pandai gune s-pen note3
persoalan yang bermain di minda saya, specification s-pen note 4 yang mana yang tiada dalam note tersebut tapi ada dalam note 3?

Video ini juga menjadikan saya pandai guna note 2 dengan baik(menggunakan semua specification yang ade di dalamnya)
ok, itu sahaja buat kali ni
tq for reading my blog
bye for now, see ya soon.