Search This Blog

Friday, 30 December 2016

Demam Talking Tom Tak Habis2 Lagi!

Assalamualaikum semua,
Pada bulan raya aidilfitri 2011, kawan saya ade iPhone 4 dan ianya merupakan telefon pintar yg pertama dalam hidup saya sebelum adanya telefon pintar yg lain dan talking tom merupakan game telefon pintar yang saya kenal selepas angry bird. Jadi, pada tahun ini, game talking tom yg mula2 tu berwajah baru, lebih seronok dan lagi comel berbanding dengan versi yg sebelumnya.

Talking Tom versi lama

Iklan promote talking tom yang versi baru

oleh sebab blog kali ni berkisarkan tentang talking tom, maka dengan ini saya belanja korang video terbaru, iaitu talking tom versi baru eat-a thon dan talking tom baru nyanyi goyang dumang. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi, baiii...

Minta maaf ye sbb cara percakapan sy dlm video ni x seberapa ok

Sambutan yg hebat jgk sy dpt drpd video ni.

Video resipi majalah rasa NLA(No Longer Avaliable)

Korang ingat lagi tak video resipi yang saya mention dalam blog ini. Kalau korang belum baca lagi korang boleh baca perenggan yg dekat2 akhir di SINI

Sekarang, video ini NLA kerana kurang mendapat sambutan dan video ini ditanda private, iaitu sy sorang jer boleh tonton

Jadi, kalau korang nak jugak tengok video tu, sila minta di ruangan komen di bawah

Sunday, 11 December 2016

barangan penjagaan kulit yang pertama saya kenal - Safi Balqis

Kepada pembaca setia blog saya, korang ingat tak post saya yang majalah lama jelita. Jadi post ni merupakan post bayar hutang post yang saya ada berhutang dalam post tersebut. Saya mula minat barang2 kosmetik ni sebelum atau ketika saya sekolah tadika dan barangan safilah barangan kosmetik yang pertama saya minat. Pada mulanya, saya minta mak saya belikan bedak safi dalam botol biru tu kepada saya. Ketika itu saya sekeluarga pergi shopping kat Mydin besar kota bharu(alah, yang dekat dengan pantai timur kota bharu tulah :P). Kemudian, ketika saya bersekolah di tadika, saya ternampak kak long saya dan rakan-rakannya pergi menaiki bas untuk ke mydin tersebut. Balik je daripada taska teluk putri(tadika saya dulu), saya nampak dia beli satu set barangan safi balqis(pembersih muka, toner, losyen tangan&badan botol pam, krim kecantikan-betul ke x, saya tak pasti).

Safi balqis pada masa itu generasi ke-2 dan ianya barangan skin care yang saya pernah pakai dulu. Tak payah terkejutlah kalau saya pakai barangan penjagaan kulit ni sejak kecil lagi dan saya expert sekarang dalam bab2 penjagaan kulit ni.

Hubungkait diri saya dengan barangan safi balqis di setiap generasi dalam video di atas ialah:
Generasi pertana: waris saya ada dulu toner safi balqis yg first generation tu dulu(sedih wei tak minta dengan dia botol safi yang tu)losyen dan pembersih muka saya pernah tengok sebab kak long saya pernah pakai kot...
Generasi ke-2 rujuk kenyataan di atas. Iklannya banyak keluar dalam majalah nur tahun 2006-2007
Generasi ke-3 tak sempat pakai tapi sempat tengok. Iklan first dalam majalah remaja feb 2008
Generasi ke-4 sempat dan sekarang sudah continue dijual di Watsons
Generasi ke-5 sekarang
Generasi ke-6-Safi Balqis Oxywhite. Waa...yang ni yang formulasi terbaru sekarang dan pengganti generasi ke-5. Sekarang dah ada slow2 kat kedai. Kepada reader yang tinggal di area pengkalan chepa (p/s my hometown) boleh pergi ke home-u dan mart di Pulai Chondong sebab range generasi terbaru punye item boleh kira banyaklah seperti pembersih muka biasa dan kawalan minyak & jerawat, krim skrub, krim pagi besar dan krim kecantikan.

Jadi, safi balqis oxywhite punya formulasi sama jer dengan safi balqis perfect 10 just tambah Nano Oxygen jer. Kepada peminat safi balqis yang patah hati dengan safi balqis white trilogy(sesetengah orang tak suka safi balqis yang tu sebab ketakserasian kulit dengan formulasi safi tersebut) atau pengguna safi balqis perfect 10 bolehlah cuba safi balqis oxywhite manalah tahu serasi semula dengan safi balqis yang baru tu. Korang boleh dapati safi balqis oxywhite di semua supermarket dan kedai runcit (kalau adalah) especially Watsons (Guardian, memang ada siap ada free gift lagi)

Safi Balqis Oxywhite, barangan safi yang pertama menggunakan logo safi yang baru, menggunakan formulasi safi balqis perfect 10 dan menggabungkannya dengan Nano Oxygen menjadikannya barangan penjagaan kulit halal yang pertama menggunakan oxygen. Syabas Safi kerana bertahan dalam pasaran Malaysia dan memikat hati saya dan pengguna yang lain. Saya harap brand Safi popular di luar negara dan mengeluarkan produk yang berteknologi tinggi pada masa hadapan.

Terokai lagi barangan safi dalam link ni : http://safi.com.my/
Baca blog barangan safi part 2 di SINI

 

review product#1 - Sunsilk Smooth and Manageable Instant Smoothening Cream

Assalamualaikum semua :)
Saya nak buat review tentang krim pelembut rambut segera sunsilk smooth and manageable




Saya beli ni kalau x silap sebelum raya. Saya beli ni pon sbb rambut sy kering slps 2-3 hari selepas pakai syampu. Dulu, saya pakai syampu clear.(Maaf, terlepas cakap brand punya nama)walaupun rambut dan kulit kepala sy dilindungi drpd kelemumur selama 2 hari, tp rambut sy jd kering. so, nk lembap dan lembutkan smula rambut, saya pakailah benda ni. So far, ok jer. Memang instant dan melembutkan. Benda ni jgk dpt melembutkan rambut dlm masa sehari ke dua hari lbih kurang cmtulah. Sekarang, sy jrg2 pakai dh sbb skarang sy pakai syampu sunsilk dan saya rasa pakai syampu tu pun dh cukup. Rambut sy x kering dh slps pakai syampu tu. Kebiasaan syampu anti kelemumur boleh lindungi kulit kepala daripada kelemumur selama 2 hari, kalau yang tahan sehingga 3 hari atau lebih, saya tak tahulah. Kalau rambut korang kering bolehlah pakai benda ni.